Kenapa saya cintakan Sumber Terbuka (OSS - Open Source Software)?
Sekitar tahun 1998 saya adalah pengguna Unix dan juga Windws NT.
Sehinggalah pada akhir tahun itu, saya telah diarahkan untuk mendapat,
memasang dan menggunakan Linux. Mandrake (Mandriva) telah menjadi
pilihan pada waktu itu.
Saya rasa keseorangan pada masa itu. Download imej ISO 2 CD ambil masa
5 hari. Tidak tahu dimana hendak dirujuk, tidak tahu siapa saya hendak
hubungi. Sehinggalah saya bertemu dengan kumpulan Linux kecil yang
pada masa itu menumpang server TV3.
Untuk mendalaminya saya perlu belajar. Unix dan Linux is totally a
different beast dan kerana minat saya bertemu dengan mereka dalam satu
projek di sebuah sekolah.
Saya belajar pasang Linux dan OSS dengan budak sekolah. Budak tingkat
4 dan 5 pada masa itu. Mereka adalah cikgu saya dalam dunia OSS.
Dari situ dan dengan hubungan saya dengan kumpulan yang dipanggil
MyPenguin saya jatuh cinta dengan OSS.
Semangat tolong-menolong antara satu sama lain dalam mempelajari OSS
telah membuat OSS adalah hidup saya.
Semangat berkongsi ilmu komuniti OSS telah menyedarkan saya bahawa
ilmu dan apa jua ilmu adalah untuk semua.
Semangat gotong royong sesama kita akan lagi membantu dan membawa
faedah kepada OSS.
Itulah antara prinsip-prinsip yang dibawa oleh komuniti OSS pada masa
itu. Sesiapa yang hendak belajar Linux, BSD dan OSS adalah
dialu-alukan.
Mana-mana pihak yang hendak mengenalinya, kami sambut dengan gembira.
Jemput datang kami datang, dengan duit poket sendiri, dengan berkongsi
kereta, dengan motor buruk (Arafat aku ingat kau hal ini, ingat aku
motor lama kau tu. Sayang sangat kau kat dia), datang dari jauh naik
bas, semata-mata mahu berkumpul dan membuat orang lain tahu OSS.
Kami bukan orang berduit. Ramai masih baru bekerja. Kadang-kadang ada
yang datang poket kosong cukup tambang, kadang-kadang kami sesama
sendiri membayar duit minum dan makan.
Tapi semangat OSS, untuk berkongsi ilmu dan semua memahaminya, kami
datang, kami kumpul dan kami ajar.
Kerana semangat itu saya lahirkan group ini
http://tech.groups.yahoo.com/group/ast/
Tapi
Setelah sekian lama kami tidak lama dalam komuniti, sekadar memerhati.
dan apabila sebuah organisasi, yang tidak pernah tunjukkan minat dalam
OSS, datang bertemu komuniti untuk mendapatkan bantuan, tunjur ajar
dan bimbingan tentang OSS.
Saya akan menerima, mana-mana pihak yang mahu mengetahui OSS dengan
tangan terbuka dan senyum lebar. Yes inilah masa untuk tunjukkan
semangat OSS adalah semangat tolong menolong, gotong-royong, saling
tunjuk ajar dan berkongsi ilmu. Tidak kira besar atau kecil organisasi
itu
Adalah satu yang mengejutkan saya, bagaimana komuniti sekarang
menyambut minat organisasi ini kepada OSS.
Organisasi ini dipandang dengan penuh prasangka buruk. Dipandang
dengan negatif. Dipandang dengan hostile. Ada dalam komuniti, mulakan
dengan "attack" negatif, yang akibatnya.
"Ris, aku tahun depan hendak bagi orang lainlah buat, penatlah hendak
handle komuniti". (Kawan, bagi aku quote, aku tahu kau kecewa and
fruste dengan sambutan komuniti).
Dia tidak mengalah, dia orang yang bersemangat, tapi dengan first
"impression" yang buruk kepada organisasi ini
Saya rasa malu.... Adakah ini semangat OSS yang saya juangkan selama ini.
Kutuk, bambu, mengata sebelum bermula. Boikot sebelum apa-apa
dibincangkan dengan mereka???
Saya hormat organisasi ini. Turun ke tanah, bertemu komuniti, open up
dan mendengar. Mereka mahu belajar. Mereka mahu tahu dan belajar apa
itu OSS.
Adakah kita sebagai Guru, so called Guru, perlu sombong ...
Melihat sambutan komuniti sebegini, saya sambut juga. Saya temukan
mereka dengan komuniti yang saya harap akan sudi mendengar dan
membantu.
Tapi dalam hati saya. Dulu komuniti tidak sebegini susah untuk membantu.
Kenapa sekarang begitu bongkak???
Maaf.... Saya kasar. Tapi kita perlu tundukkan diri kita bila ada
pihak lain juga tundukkan diri. Kita adalah orang Asia. Malaysian akan
sambut dan jamu tetamu, orang jepun akan tunduk hormat bila seorang
lagi tunduk hormat. Kita ada cara dan budaya kita sendiri.
dan cara dan budaya kita sendiri inilah bersesuaian dengan semangat OSS.
Bacalah sejarah asal hackers yang sebenar. Bacalah kenapa Richard
Stallman berhenti kerja dan menulis sendiri setiap GNU Tools.
Semangat berkongsi, semangat menolong dan semangat gotong rotong.
Saya tidak katakan semua. Ramai yang membantu dan memberikan tunjuk
ajar. Terima kasih saya ucapkan. Rasa malu ini ada kurangnya tapi saya
tidak mampu hendak hilangkan "Bad Impression" yang dibawa oleh kita
komuniti awal-awal usaha ini.
Tapi sebagai komuniti kita perlu duduk dalam satu suara dan satu
semangat. We want to be open, we want to follow FOSS way tapi kita
perlu sesuaikan semangat itu dengan cara dan budaya kita.
Semangat saling membantu, gotong royong dan berkongsi ilmu.
dan malam tadi dengan beberapa orang lama dan baru, kami komuniti yang
ada ini akan membantu sedaya upaya dalam usaha organisasi ini
mengenali OSS. Biarlah balik macam dulu-dulu, keluarkan duit sendiri,
makan di gerai, berbincang sampai jauh malam.
Minta meja sahaja untuk pameran, duduk belakang-belakang dan jadi
bayang. As long usaha ini akan berjaya. Kami lagi selesa macam itu.
Saya lagi happy macam itu. Tidak perlu hotel, tidak perlu bilik
diskusi ada air cond dan selesa, buat apa semua itu jika kita hanya
mahu "bengkeng" setiap masa. Bagi saya itu bukan semangat OSS.
Kita tidak ada masa. Jika usaha ini gagal, yang malu adalah seluruh
komuniti OSS.
Sama ada kita sedar atau tidak. Kita sudah piss off, organisasi yang
berminat. Macam mana kita komuniti hendak hadapi kegagalan itu nanti
dan membuat organisasi ini lupakan OSS dan kekalkan apa yang sedia
ada,
maka saya tidak mampu hendak kata apa-apa.
Peluang yang diberikan untuk menjual dan menggalakkan OSS telah kita
"blowup" awal-awal.
Assalamualaikum dan salam sejahtera ...
http://blog.harisfazillah.info/2009/04/semangat-sumber-terbuka.html
--
My Blog
http://blog.harisfazillah.info/
My Network
http://linuxdotmy.multiply.com/